Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24.com) - Kongres Doktor Muslim Sedunia menutup birainya hari ini di Fakulti Perubatan, Universiti Shahid Beheshti dengan bacaan sebuah resolusi.
Di awal majlis penutup, seorang penyair Pakistan membaca sebuah syair berkenaan mereka yang gugur dalam keganasan di negara ini. Program disusuli dengan ucapan wartawan Presstv Dr. Hashemi yang berasal dari Amerika dan Professor Ghayyumi selaku Ahli Hawatankuasa Pertubuhan Doktor Muslim Anrabangasa (IMI).
Sebagai penghargaan terhadap mereka yang banyak berbakti kepada pertubuhan tersebut, pihak kongres telah menyampaikan cenderamata kepada para peserta yang hadir.
Para peserta akan meninggalkan Tehran untuk berangkat ke Qom dengan acara-acara tambahan.
Kongres Doktor Muslim Sedunia kali ke-8 telah dianjur oleh Majma' Jahani Ahlul Bait dan beberapa pertubuhan di Iran dengan kehadiran 300 orang doktor dari seluruh dunia.